Jom Klik...

Memaparkan catatan dengan label keluargaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluargaku. Papar semua catatan

Rabu, 20 April 2011

Simple dan Hepi...


Sepatutnya Entry ini aku tulis Isnin yang lepas....

Disebabkan aku demam jadi segala semangat nak blogger hilang, Alhamdulilah sekarang aku beransur sihat...

Minggu lepas hari sabtu sebelum Asar aku ke Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan di Kuala Lumpur kerana menghadiri satu majils Ijab dan Qabul sepupu ku Mohd Shukri....


Walaupun majlisnya sederhana tapi Alhamdulilah semuanya berjalan lancar.....dan walaupun tidak Ramai ahli2 dan wakil2 keluarga dari pihak perempuan dan Lelaki yang datang tapi itu sudah cukup bagi aku untuk mengelilingi Pasangan yang akan di nikahkan.....

JOm Layan gambar2 selepas sepupu ku shukri selamat Di Ijab Kabulkan......


Shukri sedang memberitahu isterinya supaya dengar cakap dia hehhehehe


sign borang selepas sah menjadi suami isteri (hentam je lah shukri)

Memberi duit MAS KAHWIN sambil berkata simpan baik2 yer duit ni hahhah

Senyum jer pengantin pompuan...

Menyarungkan cincin pula selepas wang MAS KAHWIN di serahkan....

Aduss sedihnyaaa saat Iniii....(aku pun nangis) lepas tu aku ketawa hehehe

Sukanya mak pengantin Lelaki terima menantu huhu....

glomour tol tudung biru tu hehhe

Ni adik pengantin lelaki....tahun depan dia pulak....

Kiri dan kanan orang kuat dalam majlis ni..

seluruh wakil keluarga dari pihak Lelaki (yg tudung pink tu suka bergambar)


Habis sajer berposing2 dengan pasangan pengantin kami di jemput untuk menjamu makan petang...gambar tak sempat nak ambik semasa makan kerana sibuk melayan anak2 dan cik Abang makan....

Jadi Entry ini habis di sini....majlis yang cukup sekejap sahaja tapi Ia cukup SImpLe dan Hepi....

Kepada pasangan, jika membaca Entry ini semoga kekal hingga ke akhir hayat....Aminnnnn...

Ahad, 29 Mac 2009

MALAM MINGGU DI TENGAH KUALA LUMPUR..


Setelah hampir lapan hari ibu dan bapa mertua aku berada di rumah aku kini tiba masanya mertua ingin pulang ke Terengganu, dan berhasrat ingin pulang ke Terengganu pada malam minggu dengan menaiki bas pada waktu malam pukul 11 malm dan sampai pada 5 pagi keesokkannya...
Sepanjang mertua berada di rumah aku, mertua aku lah yang menyediakan sarapan, masak untuk makan tengahari dan malam.. aku cuma menolongnya sahaja di dapur.. Mertua aku seorang yang baik hati begitu juga Bapa mertua aku, cakap saja apa yang ingin anak2nya makan pasti dia akan memasakkanya...


Selepas Solat asar aku bersiap2 bersama cik abang serta anak2 untuk menghantar mertua ke stesen bas...




Sebelum ke stesen bas, Cik Abg mengajak mertua berjalan2 di supermarket carrefour.. setelah hampir maghrib, kami pun bertolak ke stesen bas yang terletak2 betul2 bersebelahan PWTC yg baru saya habis persidangan Umno disana...




Setibanya kami di sana.. aku melihat ada karnival jualan murah di PWTC...aku pun terus mengajak mertua dan cik abang untuk ke tempat jualan itu... seronok jugak dapat ke situ...


Selama ni hanya tgk di tv saja karnival jualan tu.. tapi kali ni aku di beri kesempatan ke karnival tu...




Setelah hampir pukul 10 mlm.. cik Abg mengajak ke stesen bas untuk menunggu bas yang akan di naiki mertua nanti...


Sementara menunggu pukul 11 mlm, aku bersembang lagi dgn mertua serta bergambar2 dengannya...

Ibu Mertua Bersama Ewan


Eh2 malu pulak si Ewan ni bila ambik gambar sekali lagi..



Ni pulak bapa mertua bersama si kecik aku bergambar di stesen bas..




Jam hampir pukul 11 malam.. bas masih tak tiba2.. anak2 mula keboringan.. tapi dengan ada cik Abang yang sentiasa melayani anak2nya.. anak2 pun tidak boring berada di situ... aku masih lagi bersembang dengan mertua untuk mengelak dari sama2 rasa mengantuk.....








Edraki melepaskan rasa dahaga setelah berlari2 di stesen bas tu..



Aksi Ewan dan Edraqee ketika bas tak sampai2......




Tepat pukul 11.10 minit mlm, Bas pun tiba... aku dan cik Abg serta anak2 bersalaman dan bercium ciumanan bersama mertua...

Selepas bas pun mulai bergerak.. aku pun beransur pulang ke rumah...

Dalam perjalanan aku melihat keindahan Kuala Lumpur di waktu malam... orang2 masih ramai seperti hari siang...

Dalam kereta Cik Abang Berkata.. he he he ... bermalam minggu ye kita di tengah Kuala Lumpur...

Habis dah cerita ku...

Terima kasih sangat pada yang sudi membacanya....





Komenlah....