Walau cuti kali ini agak pendek... Aku,suami dan anak2 mengambil peluang untuk menjenguk keluarga di sana...
Aku bersiap2 bertolak awal pagi sabtu 24hb...lebih kurang pukul 10pg kami sekeluarga bertolak dari rumah..
Kerana jalan raya terlalu sibuk ketika itu Perjalanan aku mengambil masa lebih kurang 8 jam dan Alhamdulilah aku dan sekeluarga selamat sampai di rumah mertua pada pukul 6ptg..
Penat tak terkata..badan pun sakit kerana duk melayan anak2 dalam kereta...
Masuk jer di rumah..Mertua menghidangkan mee goreng dan air tea o panas untuk aku dan sekeluarga..
Terima kasih mak..Kerana telah bersusah payah menyediakan makanan untuk kami sekeluarga.
Lepas makan aku terus menunaikan solat magrib dan bersiap2 ke pasar malam untuk melihat pula adik ipar yang menjalankan jualan putu bamboonya di sana..Walaupun letih ku gagahkan juga...
Aduh! sampai je di rumah mertua lebih kurang pukul 10mlm aku dah merasa terlalu letih yang amat sangat...cik Abg pun tidak menahan keletihannya lalu terus rebah di katil dan tido sampai ke pagi...
Melihat keletihan cik Abg aku menahan keletihan dgn melayan karenah anak2 yg semakin malam semakin aktif...Sambil memerhatikan mereka bermain aku berborak dgn biras hampir 1pg..Mata aku pun semakin layu..Aku pun terus mengajak anak2 aku tido..
Keesokkannya pula.... Ahad 25hb..
Seperti biasa aku bangun pg.. Selepas mandi dan bersarapan bersama family aku duk bersantai berborak dgn mertua dan ipar duai di sana...
Menu makan tengahari aku yang dimasak oleh mertua adalah ayam golek...mmmm sedapnyaaa..
Selepas makan dan solat aku, family dan mertua bersiap2 untuk ke rumah kakak2 iparku untuk menziarahi mereka di rumah..
Terima kasih kak liza yang menyediakan mee rebus dan sate untuk kami sekeluarga..
Terima kasih buat kak ngah juga kerana bersusah payah buatkan cucur udang untuk kami sekeluarga walaupun tengah sarat menantikan kelahiranya yang ke 5...memang sedap cucur udang kakngah dan air nescafenyaaa..
Isnin 26hb pula..
Pagi seperti biasa aku duk sembang2 pagi.. Tiada cerita hanya duduk2 saje sambil baca paper..
tengahari tolong mertua masak di dapur..
Menunya gulai Ayam dan masakan ketupat sotong... memang sedap..
Selepas makan tengahari aku mengambil kesempatan untuk tido kerana malam nanti aku dan sekeluarga akan bertolak semula ke shah Alam...
Pas mahgrib aku pun bersiap kemas untuk bertolak...
Genap pukul 10 malam aku akhirnya bertolak...Oleh sebab jalan raya tak sibuk perjalanan kami mengambil masa 5 jam dan Alhamdulilah sampai di shan Alam pukul 3pg..
Kesian cik Abg..letihnya diaa..
Inilah saje cerita corat coret ku...
Terima kasih Kak Anie atas komen yang di beri...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan