Jom Klik...

Rabu, 14 Januari 2009

Awal Tahun 2009

Bermulanya anak aku yang pertama bersekolah tahun ini
aku start dah bangun awal pagi..tak macam dulu lagi..suami pergi keje je aku pun sambung tido..

tapi tahun ni tak boleh lagi..lepas hantar ewan ke sekolah aku balik dan terus melakukan tugas sebagai isteri dan ibu pada anak2 aku..

aku pun kemas rumah..memasak..melayan si kecik yang masih memerlukan aku di sisinya..
biar aku gelarkan anak ku yang ke dua dgn panggilan adik..

untuk pertama kali ini aku ingin menceritakan tentang suamiku..
suamiku berkerja sebagai pengurus di salah satu syarikat ubat yg terkenal di malaysia..
dia seorang penyayang pada anak2 dan selalu mengambil berat tentang aku tapi kadang2 dia kurang memberi perhatian kerana kesibukkan kerja..bg aku tidak menjadi masalah..apa yang penting bg aku adalah ingatan dirinya pada aku dan anak2..

ini pula tentang anak aku ewan..
Ewan seorang anak yang baik tapi kadang2 tak dengar kata..maklumlah anak2 sekarang..
kadang2 dia lagi pandai dari kita..dia tak banyak karenah..
tahun ini adalah paling gembira dan indah buat dia..kerana bermulanya alam baru bg dia iaitu alam persekolahan..

Adik pulak berbeza sikit dgn perangai abang dia..byk karenah..tapi mukanya yang manja selalu membuat kan hidungku selalu hinggap di pipinya..

aku rasa ini dulu cerita untuk pertama kali..

1 ulasan:

aNIe berkata...

Ina...okaylah tu buat permulaan...nanti lama2 pandai lah