Jom Klik...

Jumaat, 17 Disember 2010

Alhamdulilah.....


Salam rakan2 blog ku.....

Syukur Alhamdulilah dengan izin Allah Ayah dan Emak selamat kembali ke tanah Air setelah 49 hari menjadi tetamu Allah di MEKKAH....Alhamdulilah kedua2nya kembali pulang dengan kesihatan yang baik....

Setelah hampir seminggu kepulangannya baru sekarang ini aku dapat berehat dan berkesempatan membuat ENTRY ini.....

Semasa kepulangan Ayah Emak dari Arab Saudi jadual penerbangannya di tunda selama lapan jam...biar lama mana pun penantian itu....aku serta seluruh keluarga yang lain bersabar dan berdoa agar kepulanganya di lindung Allah.....

Tepat pada 9 malam , pada 11 di sember aku serta kakak bersama suaminya dan anak2 bertolak dari rumah ku di Shah Alam terus ke KLIA bagi menjemput Emak dan ayah yang di jangka sampai di Airport pada 11 malam....Alhamdulilah perjalanan kami ke sana berjalan lancar dan tiada sedikit pun kesesakkan....

Sesampainya kami kesana.....keadaan rasa bagai tidak sabar melihat Ayah dan Mak keluar dari pintu ketibaan tiba JEMAAH HAJI....

Semasa menunggu di KLIA sempat jugak bergambar......jom layan sekejap....


Hampir sejam menunggu.....Akhirnya Abg ipar aku yang mula2 sekali melambai tangan ke arah Ayah MAk dan terus berlari mendapatkannya......seronok ketika itu.....kami berpelukkan gembira kerana berkesempatan bertemu lagi dengan AYAH dan MAK....

jom layan lagi gambar ketika bertemu dengan AYAH MAK....



Selepas bertemu AYAH MAk...setelah gembira melihatnya....aku,suami,kakak,abg ipar serta anak2 terus pulang ke melaka kerana adik beradik dan sedara mara sedang hangat menunggu....kami mengambil masa 2 jam untuk sampai ke melaka.....

Alhamdulilah setibanya kami di melaka doa selamat terus di mulakan......dan kami bersyukur semuanya selamat.......Alhamdulilahh......Aminnnnn....

Ini sahaja ENTRY untuk kali ini.....

please leave your comment after reading!wanna get to know you better....

Tiada ulasan: