Jom Klik...

Jumaat, 17 Jun 2011

Penghujung Cuti Yang Best....

Semasa di Kuantan tidak kemana2....masa banyak di habiskan di bilik hotel....bila malam baru keluar makan dan shoping....

Selepas 4 hari berada di Kuantan....aku menghadiri majlis yang cukup happening...majlis perkahwinan adik lelaki cik Abang di kuantan.....

Bermula jumaat 10 jun....keluarga mertuaku dari terengganu tiba di kuantan dan menginap di homestay yang telah di sediakan untuk mereka menginap bagi menghadiri majlis pernikahan yang akan di adakan seawal 10pagi.....

Alhamdulilah dengan sekali lafaz....adik ipar aku atau lebih mesra di panggil Mie selamat di ijab kabulkan dgn pasangan pilihannya Eyla....

aku rasa tak banyak nak di ceritakan.....layan gambar lagik seronok.....mehh tgk!


Dengan 2 org saksi dan syarat2nya...akhirnya mereka di satukan.....

Selepas majlis Akad nikah....kami sekeluarga di jamukan dengan kuih muih......dan kami kembali semula ke banglo tempat kami menginap untuk menantikan majlis persandingan yang di adakan pada pukul 1 tengahari......

Semasa menunggu kedua mempelai menuju ke pelamin.....kami sempat berposing2.....dan suasana ketika ini cukup happening.......



Bersama cik Abang...adik ipar....kakak ipar.....tudung kuning ibu mertua....dan adik2 ipar di blkg....


Bersama ibu saudara......adik kepada bapa mertua......


Dengan My lovely sister berlatar belakangkan adik2 ipar dan biras...

Sedang syok berposing2....pengantin sudah di arak tiba dan terus menuju ke pelamin angan mereka....

Majlis yang di adakan di Dewan....tempat yang sungguh kemas...sungguh cantik.....dan cukup selesa....

jom layan pic lagik.....


Sama cantik Sama Padan....

Menepung Tawar di mulakan.....



Selepas Adegan menepung tawar...kami di hidangkan makan.....sedap makanannya.....

layan lagik pic semasa makan...


Dah lama aku tak suap Cik Abg makan....hehe....

Jom Layan lagik pic2 mereka yang sempat di ambil ketika menjamu selera.....


kakak ipar yang pertama bersama suaminya....dia pun dah lama tak suap hubby dia....


Kakak ipar kedua bersama suaminya.....




masa ambik pic ni..tak perasan ada latar belakang.....haishhhh.....cik Abang ku...

Pic terakhir bersamai mempelai dan 2 dari anak2ku...

Itu sahaja kisah percutiaanku....

Semua coretan adalah hakmilik alina ismail dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

2 ulasan:

aNIe berkata...

Wah!! Meriah majlisnya..ada majlis perkahwinan cuti ari tu ye ina..? Patutlah lama bercuti di Pantai Timur..

Alina... berkata...

kak ni..mmg plan nak ke majlis kawin adik ipar tu....tu yang cik Abg kita plan outstation sekali gus tu.....