Jom Klik...

Selasa, 16 November 2010

PERTAMA KALI SAMBUT RAYA HAJI DI RUMAH SENDIRI....

Salam pada yang kunjung blog aku.....


Setiap kali raya haji aku dan keluarga akan balik melaka untuk meraikanya....tapi tidak untuk raya tahun ini.....
Aku juga berasa sedih dan terkilan kerana tak dapat balik walaupun sekejap......
Teringat pesan mak sebelum pergi menunaikan rukun islam yang ke lima ke TANAH SUCI MEKKAH pada 23 oktober meminta aku balik melaka jika tidak kemana2....namun hasrat nya aku sudah menjawab...InsyaAllah kalau tiada aral dan ada masa aku akan pulang melaka......tapi akhirnya hasrat itu tidak dapat di tunaikan kerana tarikh outstation cik Abang ke melaka berdekatan dgn tarikh HARI RAYA HAJI....jadi cik Abang bercadang untuk ke melaka selepas 2 hari raya haji...
Sungguh terasa sayu raya tahun ini MAK DAN AYAH tiada di sisi....tapi hati cukup gembira kerana MAK DAN AYAH kini berada di tanah suci.....aku hanya mampu berdoa semoga MAK DAN AYAH sihat menjalani ibadat nya di sana dan aku sentiasa berdoa semoga MAK DAN AYAH mendapat HAJI MABRUR dan selamat kembali kepangkuan kami sekeluarga.....Aminnnnn....
Walaupun raya haji tahun ini aku hanya sambut di rumah sendiri......aku juga gembira kerana dapat memasak rendang dan merebus ketupat untuk cik Abang dan anak - anak.....
.....Dan juga walaupun tidak bersama adik beradik di hari raya haji nanti aku cukup berasa teramat gembira mendengar kakak aku dan adik adik yang lain bersatu untuk masak masak di rumah mak di mlm raya....dan tidaklah sunyi sangat di rumah mak nanti...
Dan akhir sekali ingin aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA pada yang sudi mengunjung blog aku ini......

please leave your comment after reading!wanna get to know u better... Thanks....

Tiada ulasan: