Jom Klik...

Memaparkan catatan dengan label aku dan family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aku dan family. Papar semua catatan

Rabu, 23 Mac 2011

Ke Lost World Of Tambun Kali Ke 2


Salam kepada semua pembaca blogku...

Holiday ku di musim cuti sekolah semester pertama.....

Cerita kali ini aku ke LOst WorLD Of TamBUn untuk kali kedua....ini kerana atas permintaan anak2 kerana pada kali pertama mereka pergi rasa tak berapa puas sebab keadaan cuaca terlalu panas ketika itu...jadi mandi hanya berapa jam sahaja...

Lost world Of TamBun terletak di Perak daerah Ipoh...kenapa aku dan family suka kesana kerana water park disana sungguh berbeza dari water park2 yang telah aku pergi......

Keistimewaan water park di sana yang seronoknya mempunyai 2 lokasi air yang berbeza....lokasi air sejuk dan lokasi air panas.....

Kami sampai ke lost world Of TamBun kira2 pukul 2 ptg sesuai dengan cuaca yang tidak berapa panas.....

..........jom layan foto pic yang sempat di rakamkan.....




Booking Tiket....dewasa rm38.....kanak2....rm32.....Effy FOC....


Berposing sebelum menukar baju mandi....Effy pakai spek takmo bukak....

Mula2 menjejakkan kaki di kolam air.....

Sekitar tempat kolam air untuk kanak2...


Effy berada di kolam dewasa....Effy sedang syok di buai ombak....

Kesejukkan....cik Abang seksi.....pic di ambil ketika aku belum ready...

Aku di lokasi air panas....suhu setinggi 45 darjah celcius huhu! (macam sauna)



Suasana yang nyaman...lokasi yang cukup cantik untuk penglihatan....

Kawasan water park yang cantik di tepi gunung ganang....

Setelah 5 jam berendam di kolam air.....aku dah penat....jam pun sudah menghampiri pukul 7 malam.....aku mengajak cik Abang dan anak2 pulang kerana kesian melihat Effy yang masih kecil kerana hari pun sudah hampir senja....

Tepat pukul 7 kami bersiap2 untuk pulang ke Shah Alam....sepanjang perjalanan kesemua anak2 tidur keletihan.....

Alhamdulilah kami selamat sampai rumah pada pukul 11 malam......dan anak2 pun sambung tido sehingga pagi.....

Habis ceritaku......

Selasa, 30 November 2010

Ke KL BIRD PARK cuci mata...


Salam pada yang singgah ke blog aku....

Minggu lepas aku balik melaka menjenguk rumah mak dan ayah....walau hanya sedetik cuma tapi cukup gembira.....semasa aku ingin pulang ke Shah Alam aku membawa seorang anak buah dari melaka untuk berkawan dengan anak anak aku....

Minggu ini aku mengambil kesempatan untuk berjalan jalan di KL dan mengunjungi satu taman burung yang berhampiran dengan masjid negara....sungguh seronok mengunjungi taman itu......berbagai2 bangsa dari negara2 luar juga ada mengunjunginya.....

Jom layan gambar2 yang sempat aku ambil...

bergambar dulu sebelum menjelajah taman burung.....

Cik Abg dan Ewan sedang bermain2 dgn burung yang jinak

Sukanya Edraqee burung duduk atas tapak tangannya...

Wah2 cik Abg di hurungi burung2 betina heheheh

Tgklah....burung tu tertenggek atas kepala aku....

ni anak buah aku dari melaka....seorang yang sayang pada binatang...

Selepas bermain main dengan burung dan memberinya makan....aku, cik Abang dan anak2 ke kolam ikan untuk memberi ikan pulak makan.....

Ikan ikan semua tengah lapar....

Kawasan BIRD PARK sgt luas.....penat kaki berjalan....walaupun penat anak2 tetap gembira kerana burung2 sentiasa ada mengekori perjalanan kami dalam taman itu....

cantik burung ni seperti ayam

Burung merak yang cantik

Lebih kurang lima jam kami sekeluarga berada dalam taman itu..... anak2 serta Cik Abg sungguh gembira dan berpuas hati....

bergambar lagi sebelum keluar dari taman...

Itulah jalan jalan ujung minggu aku untuk entry kali ini.....
Seronok dan memuaskan serta melapangkan minda.....luas pandangan byk pengalaman....

please leave your comment after reading...wanna get to know you better....